Followers

Pages

Thursday, 23 February 2012

Kata-Kata Hikmah 6"

1)Mudah-mudahan Allah merahmati seorang suami yang bangun pada tengah malam lalu mengerjakan solat dan membangunkan isterinya dan melakukan solat bersama-sama..(Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)


2)Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara;

1. kerana hartanya. kerana keturunannya
3. kerana kecantikannya 4. kerana agamanya.

Maka hendaklah kamu memilih agamanya, nescaya kamu berbahagia dunia akhirat.” -Hadith Riwayat Imam Bukhari & Muslim

sabda nabi s.a.w “Sebaik-baik perempuan (isteri) ialah yang menggembirakan engkau(suami) sewaktu engkau melihatnya; yang patuh apabila engkau perintahkan dia (dalam hal kebaikan); yang menjaga dirinya dan harta milikmu semasa ketiadaanmu di rumah.

3)masyaallah bila tengok pasangan ini sejuk mata memandang..(^_^)
Tips Memilih Calon Suami Yang Baik (◕‿◕)

••► Kuat Agamanya
bila orang lain sibuk mencari cinta dia sibuk mencari agama.

••► Baik Akhlaknya
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya.

••► Tegas Mempertahankan Maruah

••► Amanah
bila dia berjanji dia menepati,

••► Tidak kedekut
tidak kedekut dalam menyampaikan ilmu

••► Terbatas Pergaulan
apabila dia terlihat aurat wanita (bukan mahram)dengan pantas dia mengalihkan pandanganya.apabila dia melihat wanita dia sentiasa menundukkan wajahnya.

••► Rakan Pergaulannya
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

••► Bertanggungjawab
iaitu memberi isteri dan anak2 pakaian islam.

••► Tenang Wajah
mulut yang berzikir,mata yang tidak pernah jemu melihat al=quraan.tangan yg tidk pernah penat dalam melakukan kebaikan.air mata yang jatuh kerana taubat.

Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.InsyaAllah..

4)KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL BAQARAH

1. Rumah yang di bacakan surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan,
Rasulullah SAW bersabda: “ sesungguhnya rumah yang di bacakan Surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan“ =HR At tirmidzi=

2. Malaikat bersama dengan orang yang membaca surah Al Baqarah.

3. Mendapat syafaat ketika di padang mahsyar.
Rasulullah bersabda: “Bacalah Al-Quran kerana Al-quran itu akan memberi syafaat kepada pembacanya di Akhirat kelak. Dan bacalah az-Zahrawain iaitu Surah Al-Baqarah dan Ali’-Imran, kerana kedua surah itu akan datang pada hari kiamat, seolah-olah keduanya bagai tompokan awan, atau 2 bentuk payung yang menaungi, atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya. untuk membela pambacanya di hari kiamat.“
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Umamah,

4.Mengelak dari terkena sihir.
sabda nabi s.a.w “Bacalah Al-Baqarah kerana membacanya akan mendatangkan berkah dan meninggalkanya bererti penyesalan. Dan para tukang sihir tidak akan sanggup menjangkaunya (si pembaca)=HR MUSLIM=

5)" BELAJARLAH UNTUK SELALU BOLEH MENULIS KESALAHAN SESEORANG DI ATAS PASIR, AGAR ANGIN MAAF DATANG BERHEMBUS & MENGHAPUS TULISAN ITU...

ღ¸.•´¯)♥ Kerana Terkadang 10 kebaikan seseorang boleh terlupakan hanya kerana 1 kesalahan. Padahal manusia itu tidak ada yg sempurna & semua org itu pasti pernah melakukan kesalahan. Belajarlah utk boleh saling memaafkan, kerana sesungguhnya saling memaafkan itu merupakan sesuatu indah :)

Friday, 10 February 2012

Kata-Kata Hikmah 5"

1)CINTA kerana RUPA, cinta yang PURA-PURA.. bila MENINGKAT USIA, cinta LAYU bersama..


cinta kerana WANG, sangat mudah TERBANG.. ada WANG hati pun SAYANG, tiada wang cinta MELAYANG..

cinta kerana PANGKAT, cinta yang TIDAK LEKAT.. manakan bisa mendapat BERKAT jika hanya memandang DARJAT..

cinta kerana ILLAHI, itulah cinta HAKIKI.. rasa cinta yang TIADA MATI.. bersemi lagi di SYURGA FIRDAUSI..



2) Walau tak ada ORANG sayang kita TAPI ALLAH SWT ada dekat di hati kita 
 Walau tak ada ORANG cinta kita TAPI ALLAH SWT sentiasa KASIHI kita 
 Walau tak ada ORANG tolong kita TAPI ALLAH SWT ada LINDUNGI kita 
 Walau tak ada ORANG rindu kita TAPI ALLAH SWT tetap tunggu kita 
 Walau tak ada ORANG jaga kita TAPI ALLAH SWT perhatikan kita 
 Walau tak ada ORANG dengan kita TAPI ALLAH SWT ada temankan kita 


3)AIR MATA kadang kala lebih istimewa daripada SENYUMAN,
kerana SENYUMAN boleh dberikan kepada sesiapa sahaja,
tetapi TANGISAN hanya dtitiskan untuk orang yang TERSAYANG...!!


4)Seandainya ku dapat mengubah waktu, Biarkan aku memperlambat waktu Disaat Aku merasa bahagia & mempercepat waktu Disaat aku Merasakan Derita, namun apalah daya aku hanya seorang hamba yang hanya selalu bisa menerima waktu Tanpa mampu untuk mengubah waktu

5)" Kehidupan di ibarat buah kedondong & buah durian, terkadang kita melihat kehidupan itu kita seakan bisa jalani seperti mulusnya kulit kedondong tetapi saat menjalaninya sulitnya ibarat biji kedondong yg berduri, dan terkadang kita membayangkan kehidupan yang akan kita jalani menusuk seperti kulit durian"


6)~* Bila Allah datangkan ujian..Itu bukan satu bebanan..
Kita mesti boleh bertahan..Ada hikmah di sebalik ujian..Ada kesempitan dalam kelapangan..Ada kemudahan dalam kesulitan..
Bila Allah datangkan ujian..Pujuklah hati pujuklah iman..Tanpa kecewa putus harapan..Setiap kesabaran ada ganjaran..
Setiap pengorbanan ada keberhasilan.~*

7)Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya"

8)Seorang lelaki mengadu kepada Imam Sahl bin Abdullah At-Tustari: "Wahai tuan. Ada orang masuk ke rumahku lalu mencuri hartaku dan merosakkan barang-barangku."

Imam Sahl menjawab: "Bersyukurlah kepada Allah s.w.t kerana bukan syaitan yang masuk ke dalam hatimu, lalu mencuri imanmu dan merosakkan tauhidmu."


9)Ya Allah
Andai penderitaan ini perit,biarkanlah..Andai tangisan ini berpanjangan,biarkanlah,
Andai sakit ini berbisa,biarkanlah,,Andai luka ini berdarah,biarkanlah,
Andai kesakitan ini bermanfaat,biarkanlah,.Andai kemewahan melalaikan,maka hilangkanlah,.Andai keinginan hati mengalpakan,maka pupuskanlah.;

Kadang-kadang ALLAH S.W.T patahkan semangat kita untuk selamatkan jiwa kita..
DIA hancurkan hati kita agar kita kembali padaNYA..
DIA berikan kita kesakitan agar kita terus bertahan..
Dia beri kita kegagalan agar kita tak hilang panduan..
DIA beri kita keuzuran agar kita menghargai diri..
Kadang-kadang ALLAH ambil semuanya dari kita agar kita tahu untuk bersyukur..



10)Jika ingin merasai kemanisan kek KEBAHAGIAAN,maka ikutlah acuan ISLAM yang Allah telah tetapkan.Resepinya ialah segala HADIS RASULULLAH dan juga AL-QURAN.Memasaknya biarlah dengan api KETAQWAAN dan biarkan ia di dalam ketuhar KESABARAN agar masaknya penuh KEREDHAAN.Jika sudah masak PASRAH dan TAWAKAL dengan sebati.Maka hidangkanlah dengan AMALAN..Rasailah kek yang penuh KEBAHAGIAAN dengan rasa KESYUKURAN..




11)Sesungguhnya sahabat itu wujud dari 1 pertemuan dengan 10 pertanyaan, 100 keyakinan dan 1000 kali pengorbanan serta berjuta-juta kali perjuangan dengan 1 keikhlasan atas keredhaan ALLAH . andai seorang sahabat membuat kebaikan, ukirlah di atas batu agar ia tersemat di hati dan kekal sebagai memori terindah dan seandainya seorang sahabat membuat kesalahan, tulislah ia di atas pasir agar ia hilang ditiup angin kemaafan.


12)Duit boleh beli BANTAL dan TILAM, tetapi tidak boleh beli TIDUR...
Duit boleh beli UBAT, tetapi tidak boleh beli KESIHATAN...
Duit boleh beli BUKU, tetapi tidak boleh beli KEBIJAKSANAAN...
Duit boleh beli MAKANAN, tetapi tidak boleh beli SELERA...
Duit boleh beli RUMAH, tetapi tidak boleh beli KELUARGA...
Duit boleh beli HIBURAN, tetapi tidak boleh beli KEBAHAGIAAN...
Duit boleh beli PERNIAGAAN, tetapi tidak boleh beli KEBERKATAN...
Duit boleh beli CINTA, tetapi tidak boleh beli KESETIAAN...
Duit boleh beli ORGAN BADAN, tetapi tidak boleh beli NYAWA...
Duit boleh beli PANGKAT dan KEDUDUKAN, tetapi tidak boleh beli IMAN……

~Renung-renungkan~


13)SAHABAT itu suatu KEPERLUAN 
» Bersamanya kita belajar BERDAYA SAING,» Bersamanya kita belajar tentang PERSEFAHAMAN,
» Bersamanya kita belajar untuk MEMAAFKAN,» Bersamanya kita berbagi KECERIAAN,
» Bersamanya kita berkongsi KEDUKAAN,» Bersamanya kita meniti KEMATANGAN,
» Bersamanya kita mengenali asam garam KEHIDUPAN,
Walau HAKIKAT sahabat itu TIDAK SEMPURNA,Melaluinya kita mentafsir KEMAMPUAN DIRI & berusaha MELENGKAPI,Dan melaluinya kita lebih menghargai UKHWAH SILATURRAHIM..!


14)♥ Jangan Marah Saat Ada Yang MENGHINA, Doakan Hinaan Berbalik Menjadi KEMULIAAN.
♥ Jangan Marah Saat Ada Yang MEMBENCI, Doakan Kebencian Menjadi KASIH SAYANG.
♥ Jangan Marah Saat Ada Yang MENYAKITI, Doakan Sakit Itu Berubah Menjadi KEBAHAGIAAN.
♥ Jangan Marah Saat Ada MASALAH, Doakan Masalah Kita Menjadi Ladang AMAL Yang Bermanfaat.


15)Berterima kasihlah pd org yg telah MELUKAI hatimu krn dia telah membuat hatimu kuat.Berterima kasihlah pd org yg telah MEMBOHONGImu krn dia membuat hidupmu makin bijaksana.Berterima kasihlah pd org yg telah MEMBENCImu krn dia yg mengasah ketegaranmu.Dan berterima kasihlah pd orang yg telah MENYAYANGImu krn itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu

Kata-Kata Hikmah"Doa Malaikat"


Antara orang yang mendapat doa malaikat

1)Orang yang tidur dalam keadaan bersuci..(2)Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat..(3)Orang yang berada di saf depan solat berjemaah..(4)Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf..(5)Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah..(6) Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat..(7) Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah..(8)Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan..(9)Orang yang membelanjakan harta ke jalan Allah (infak)..(10)Orang yang sedang makan sahur..(11)Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit..

1)Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa:
“Ya Allah, ampunilah hamba-Mu ini kerana tidur dalam keadaan suci.”

2)Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya:
‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”



3)Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4)Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5)Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6)Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7)Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagai man a kalian meninggalkan hamba-Ku?”

Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

8)Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagai man a kalian meninggalkan hamba-Ku?”

Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

9)Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ 

10)Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11)Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Saturday, 4 February 2012

Kata-Kata Hikmah"Salam Maulidur Rasul

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.



Nama2 Isteri Rasulullah s.a.w..
1:Khadijah Binti Khuwailid: (meninggal dunia pada tahun 3 Sebelum Hijrah)Seorang saudagar kaya yang berkahwin dengan Rasulullah ketika berumur 40 tahun. Merupakan isteri pertama baginda.

2) Sawdah Binti Zam’ah:meninggal dunia pada tahun 23 Hijrah / 643 Masehi)
Berkahwin dengan Rasulullah pada bulan Syawal tahun ke-10 kenabian.

3) Aisyah Binti Abu Bakar As-Siddiq r. (meninggal dunia pada tahun 58 Hijrah)
Berkahwin dengan Rasulullah pada bulan Syawal pada tahun ke-11 kenabian setahun selepas perkahwinan Rasulullah dengan Sawdah

4) Hafsah Binti Umar Al-Khattab (meninggal dunia pada tahun 45 Hijrah)
Berkahwin dengan Rasulullah pada tahun ke-3 Hijrah. Menjadi janda selepas kematian suaminya Khunays Bin Hudhafah antara Perang Badar dan Uhud.

5) Zainab Binti Jahsy:(meninggal dunia pada tahun 20 Hijrah)
Berkahwin dengan Rasulullah pada tahun ke-4 Hijrah. Bekas isteri Abdullah Bin Jahsy yang gugur syahid dalam Perang Uhud. Digelar Ummu al-Masakin (ibu orang miskin) sebab sifat pemurah dan penyanyangnya kepada yang miskin. Namun meninggal dunia dua atau tiga bulan selepas berkahwin dengan Rasulullah.

6:juwayriyyah Binti al-Harith:(meninggal dunia pada tahun 56 Hijrah)
Berkahwin dengan Rasulullah pada bulan Syaaban 6 Hijrah.

7:ummu Salamah Hindun Binti Abu Umayyah:(meninggal dunia pada tahun 57 Hijrah / 676 Masehi)Berkahwin dengan Rasulullah pada Syawal 4-Hijrah.

8:Safiah binti Huyai bin Akhtab (meninggal dunia pada tahun 50 Hijrah)
Merupakan tawanan perang Khaybar. Rasulullah memerdekakannya serta mengahwininya setelah berjaya menakluk Khaybar.

9:Ummu Habibah binti Abi Sufian (meninggal dunia pada tahun 44 Hijrah / 664 Masehi)Berkahwin dengan Rasulullah pada bulan Muharam tahun ke-7 Hijrah. Bekas isteri kepada Ubaydullah Bin Jahsy yang bercerai dengan suaminya atas sebab suaminya telah murtad dan memeluk agama Nasrani.

10)Mariah Al-Qibtiah (meninggal dunia pada tahun 16 Hijrah / 637 Masehi)

11:Maymunah Binti al-Harith:(meninggal dunia pada tahun 50 Hijrah / 670 Masehi)
Berkahwin dengan Rasulullah pada bulan Zulkaedah tahun ke-7 Hijrah. Saudara perempuan Ummu al-Fadl Lubabah Binti al-Harith.

12)Hafsah Binti Umar Al-Khattab r.a:(meninggal dunia pada tahun 45 Hijrah)
Berkahwin dengan Rasulullah pada tahun ke-3 Hijrah. Menjadi janda selepas kematian suaminya Khunays Bin Hudhafah antara Perang Badar dan Uhud.



Tolonglah ambil maktu sedikit baca artikal ini.....(T_T)

suatu hari..nabi bertanya:"siapakh hamba Allah yg mulia?"

sahabat mnjwb: "para malaikat ya Rasulullah"
sahabat: "tentulah para nabi, merekalah yg mulia"

nabi tsenyum lalu bkata:"ya, mereka mulia tp ad yg lbih mulia"
para sahabat tdiam lalu bkata:"adkh kami yg mulia i2 ya Rasulullah?"
nabi bkata;" tentulah kalian mulia, kalian dekat dgnku, kalian mmbantu pejuanganku, ttp bkn kalian yg ku maksudkn..

nabi mnundukkn wjhnya, baginda menitiskn air mata sehingga mmbasahi pipi n janggutnya lalu bkata...

"wahai shbtku, mereka adlh manusia2 yg lahir stlh wafatnya aku, mereka tlalu mncintai Allah & tahukh kalian..mereka x pnh melihtku, mereka hidup tdk dekat dgnku spt kalian ttp mereka sgt rindu kpdku & saksiknlah wahai sahabatku bhw AKU SGT RINDU PADA MEREKA...MEREKALAH UMATKU! "

Thursday, 2 February 2012

"Kata-Kata HiKmah 5" (Cinta)



1:Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telah pun terbuka untuk kita.





2:Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dijadikan alas, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dihati untuk dicintai...






3:elajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan.. usah mendambakan teman secantik balqis, andai dirimu tidak seindah sulaiman.. mengapa diharapkan teman setampan yusof, andai dirimu tidak setulus zulaikha... tak perlu mencari seistimewa khadijah, andai dirimu tidak sesempurna Rasulullah SAW...

4:ika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamumengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja…. Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu danmungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup... Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimuhendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja… Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...

5:Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya andainya kamu tidak ikhlas menyintainya... kelak kamu akan berlaku kejam dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita...

6:Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.

7:Wahai sahabatku yang menderita kerana cinta, usahlah ditangisi kekasihmu yang telah pergi, hayunlah langkahmu ke mana sahaja yang kamu ingini demi mengubati hatimu yang luka, moga-moga kamu akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu, kelak pasti terubat jua dan hidupmu kembali ceria...


8:Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yg kita rindukan sehinggalah "Ianya" hadir.
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam utuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

"Kata-Kata HiKmah 4"

                                       

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .



1:Ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis?
Jwbnya: Kerana wanita itu unik.Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa,KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,KU beri dia naluri utk mencintai anak2 dlm keadaan apapun,KU kuatkan batinnya utk ttp menyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh orang" yang ia sayangi,Wanita mahluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka dan memberi kekuatan baru.WANITA..KAMU ISTIMEWA



2:~ CANTIK wanita kerana KEJERNIHAN wajah..,~ MANIS wanita kerana SENYUMAN..,
~ AYU wanita kerana KESEDERHANAAN lahiriah..,~ HEBAT wanita kerana KESABARAN..,~ MULIA wanita kerana IMAN YANG KUAT..

3:Ketika hati seorang Muslimah terluka.. Dia akan menghapus air matanya dengan imannya.. Ketika hati seorang Muslimah terluka.. Dia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya.. Ketika hati seorang Muslimah terluka.. Dia meneruskan harinya dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya.. Ketika hati seorang Muslimah terluka.. Dalam redha dia memohon keampunan dari Penciptanya.. berusahalah menjadi seorang muslimah seperti itu (amin ya rabbal alamin)

4:Kesenangan seringkali membuat kita lupa dan menghalalkan segalanya.
Kebahagiaan kadangkala menjadikan kita lalai untuk bersyukur.
Janganlah sampai terlena, sebab kesengsaraan itu bukanlah pada saat kita kehilangan nikmat dari seseorang, tapi..Kesengsaraan itu adalah ketika terlepasnya ALLAH dari hati seseorang.

5:(!)Kita Satu agama,tetapi akhlak berbeza,(@)kita satu agama,tetapi niat berbeza,
(3)kita satu agama,tetapi kulit berbeza,(4)kita satu agama,tetapi hati berbeza,
(5)kita satu agama,tetapi iman kita tidak serupa,(6)kita satu agama tetapi kulit berbeza<<>>ingatlah kita satu agama ucapan kalimah
أشهد أن لا اله الا الله وأشهد ان محمد رسول الله 
tetap sama.dan ingat ingat lah walaupun darjat kita jauh berbeza.. 
kain kafan kita tetap pada 1 warna (putih)..

‎6: Seorang lelaki kristian bertanya kpda seorg lelaki muslim. "Mengapa wanita agamamu (ISLAM) menutup aurat,,,?" Lelaki muslim itu tersenyum ^_^ smbil mngeluarkan 2 biji gula2 dari sakunya, lalu salah 1 darinya dibuka bungkusnya, kmudian dia menjatuhkan 2 biji gula2 itu ke atas lantai, dan brtanya kpda lelaki kristian. "Antara kedua2nya mana yg akn kamu pilih,,,?" lelaki kristian itu menjawab "Sudah tentulah aku memilih yg masih dlam bungkusan". Lelaki muslim itu brkata "Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa". ::

7:Saat hati berkata " INGIN ", namun ALLAH berkata " TUNGGU ".
Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH berkata " TERSENYUMLAH ".
Saat segalanya terasa " MEMBOSANKAN ", namun ALLAH berkata " TERUSLAH MELANGKAH ".
kita merancang Allah juga merancang ttpi perncngan Allah lebih baik

8:Ketika kecil kita menangis krna hndak belaian manja,Ketika knak2 kita menangis krna hndak keinginan yg disuka
Ketika remaja kita menangis akibat dri hbgn cinta.Ktika dewasa kita menangis bila diuji b'timpa2
Bila tua kita menangis bila anak2 tak peduli utk menjaga kita
Bila kita meninggal dunia barulah kita merasa ditangisi oleh smua,namun bukan tangisan yg di pinta, tpi ckuplah sekadar doa sentiasa

9:Ketawalah kita didunia , tapi pastikan di akhirat kita tak menyesal. Ketawalah kita didunia , tapi jangan lupakan akhirat..
Ketawalah kita didunia , tapi jangan sampai ditertawakan di akhirat.. Menangislah kita didunia agar kita boleh ketawa di akhirat..
Dua titisan yang paling disukai Allah ialah titisan air mata taubat
dan setitis darah yang tumpah berjihad di jalan Allah.

‎10:Dalam urusan DUNIA, jika kita BERKASUT pandanglah orang yang BERSELIPAR. jika kita berselipar, pandanglah orang yang BERKAKI AYAM. Ia akan menjadikan kita sentiasa BERSYUKUR atas apa yang kita MILIKKI..
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur (An Nahl : 78)..



11:Bila dosa jadi biasa, hilang rasa malu dalam jiwa..Bila dosa jadi biasa, calit hitam sudah tidak dapat dikesan di dalam hati yang bersarang noda..Bila dosa jadi biasa, maksiat makin melata tak kira tempat dan masa..Bila dosa jadi biasa, semua yang haram dipandang indah di mata manusia..
❝Sesungguhnya PENDENGARAN, PENGLIHATAN, dan HATI semuanya itu akan diminta bertanggungjawab❞ (al-israk:36)



12:Tanda cinta kepada Allah, maka perbanyaklah berzikir..
Tanda cinta kepada Rasulullah Saw, maka perbanyaklah bershalawat..
Tanda cinta pada diri sendiri, maka perbanyaklah beristighfar..
Tanda cinta pada orang tua, maka perbanyaklah mendo'akannya..
Tanda cinta pada orang, maka perbanyaklah menasehati.."

Sign of love to God, then perbanyaklah berzikir ...
Sign of love for the Prophet Muhammad, then perbanyaklah bershalawat ...
Sign of love in yourself, then perbanyaklah beristighfar ...
Sign of love in the elderly, then perbanyaklah mendo'akannya ...
Sign of love to the people, then the perbanyaklah advised ...

Wednesday, 1 February 2012

Kata-Kata Hikmah 3"


bismillahir-Rahmanir-Rahim بسم الله الرحمن الرحيم


1: Duhai sahabat..
Tak semestinya dengan kekayaan; akan senang berpanjangan..
Tak semestinya dengan kemiskinan; akan sulit kehidupan..
Tak semestinya dengan kekayaan; akan bertambah keimanan..
Tak semestinya dengan kemiskinan; tidak bisa menjadi dermawan..
Sedang amalan itu di kira dari hati nan ikhlas..
Bukan semestinya dengan memberi harta keuntungan...
Sedang mengalihkan duri dari jalanan juga dikira sebagai amal kebajikan..

··: Duhai sahabat..·
Kaya atau miskin itu merupakan RAHMAT dari TUHAN..
Kaya atau miskin itu adalah UJIAN menjalani KEHIDUPAN..
Kaya atau miskin itu adalah DUGAAN menguji IMAN..
Lalu.. JANGAN merasa bangga dengan KEKAYAAN..
Dan JANGAN juga merasa hina dengan KEMISKINAN..
Kerana kedua-duanya punya KELEBIHAN dan KEKURANGAN..
Kerana kedua-duanya ada HIKMAH yang ALLAH SEMBUNYIKAN..
SEDANG 'KAYA' ATAU PUN 'MISKIN' BUKANNYA UKURAN..
Lantaran 'AMAL' dan 'IMAN' itu tempat sebenar jatuhnya pandangan Ar-Rahman..




2:» Bicara itu bisa menggores luka, ❝..Bila menyindir penuh makna..❞
» Bicara itu bisa menjadi racun, ❝..Andai disalur menjadi fitnah..❞
» Bicara itu bisa menikam tajam, ❝..Kala dihunus bersulam dendam..❞
» Bicara itu bisa menjadi penawar, ❝..Andai nasihat galang gantinya..❞
» Bicara itu bisa menjadi azimat, ❝..Bermotivasi pencetus semangat..❞
» Dan BICARA itu juga bisa MENJADI SEBAHAGIAN daripada DOA,
❝..Maka BERHATI-HATILAH tatkala MENUTURKANNYA !! ❞




3::DUHAI SAHABAT..·˙
Ingat-ingatkan diri akan RUKUN IMAN [ke 6]..
Untuk mempercayai akan QADA' & QADAR-NYA TUHAN..Bahawa USAHA tidak semestinya MEMBUAHKAN KEJAYAAN..Bahawa KEBAIKAN tidak selamanya BERKEKALAN..Bahawa hidup BUKAN bererti BAHAGIA BERPANJANGAN..
Kerna akan wujud SEDIH, HAMPA & KECEWA menjadi DURI sepanjang jalan..
Sedang MEMILIKI sesuatu apapun HANYALAH PINJAMAN..Cukup SEMUA Nikmat AKAN DIKEMBALIKAN..Walau hakikat ALLAH tahu apa yang kita KEHENDAKKAN..
Namun DIA lebih tahu apa yang kita PERLUKAN..

·:DUHAI SAHABAT..·
Biar pun KETENTUAN itu bukan PILIHAN,Namun HIDUP MASIH PERLU DITERUSKAN..!
Lalu BERLAPANG DADA akan UJIAN yang diberikan,Demi mendapatkan KEREDHAAN dan KASIH SAYANG Ar-Rahman..Seandainya PASRAH kalian dengan KESABARAN,
InsyaALLAH - Semoga ketemu dengan sebenar-benarnya KEBAHAGIAAN,
Lantaran begitulah SIFAT ORANG-ORANG YANG BERIMAN..


4:·•·˙·:DUHAI SAHABAT..·
❝..JANGAN bermimpi mencipta KEBAHAGIAAN,
Jika TIDAK mampu memupuk SABAR melalui KEKECEWAAN..❞
❝..JANGAN terlalu mengharap akan KESEMPURNAAN,
Jika TIDAK mahu berusaha MEMPERBAIKI DIRI melalui KESALAHAN..❞
❝..JANGAN mendamba dan meminta BERLEBIH-LEBIHAN,
Jika TIDAK tahu untuk BERSYUKUR dan BERTERIMA KASIH di atas PEMBERIAN..❞ .


5:Ada ketikanya kita perlu MENANGIS, agar kita tahu hidup ini bukan sekadar TAWA GEMBIRA & adakalanya kita perlu CERIA agar kita tahu MAHALnya nilai AIRMATA.. Namun tiada bezanya SUKA atau DUKA waima TERTAWA dan AIRMATA, kerana semuanya itu adalah PEMBERIAN TUHAN kepada hamba-hambaNYA sebagai:
• ☑ MOTIVASI untuk MENDEWASAKAN KEHIDUPAN
• ☑ ANUGERAH dalam MEMATANGKAN AKAL & TINDAKAN
• ☑ ILMU yang boleh MEMANTAPKAN PENGALAMAN, serta
• ☑ UJIAN dalam menuju KESEMPURNAAN IMAN..!


6:Kadang-kadang kita berdoa untuk KUAT,,Tapi kenapa banyak DUGAAN...
Kadang-kadang kita minta CERDIK,.Tapi MASALAH pula yang timbul,.
Kadang-kadang kita minta BAHAGIA..Tapi HURU-HARA pula datang…

DUGAAN menjadikan mental kita KUAT,.MASALAH menjadikan kita BERFIKIR,.
HURU-HARA menjadikan kita TABAH…HEBAT kan Allah…semua ada hikmah..
- kadang2 Renungan itu sungguh ajaib -


7: DIDIK HATI 
Jika kita suka menunda2 SOLAT,b'erti kita menunda keperluan kita sendiri. Kerana Allah juga akan menunda rezeki kita,menunda terkabulnya doa2 kita,menunda datangnya jodoh kita..Tapi Dia tidak akan menunda datangnya KEMATIAN kita..•*



8:Pesan Pada Diri 
 Bergunung manapun harta, bukanlah kaya, jika miskin budi bahasa..
 Segagah manapun diri, bukanlah pahlawan, jika nafsu tidak dapat dilawan..
 Secantik manapun rupa, bukanlah ratu, jika buruk tingkah laku..
 Setinggi manapun darjat, bukanlah mulia, jika tiada iman didada..
Melangit manapun ilmu, bukanlah bijaksana, jika tidak diamal dan diguna..
Sealim manapun diri, bukanlah ulama', jika takbur dan riak..