skip to main |
skip to sidebar
Apabila lafaz nya satu akad nikah maka yang haram akan menjadi halal ♥
Nabi SAW pernah bersabda :" Rahsiakan pertunangan dan hebahkanlah perkahwinan" (HR Ahmad)
Jika memilih lelaki jangan termakan dengan kata kata manisnya,tetapi pilih lah lelaki kerana tegasnya dalam bab agama ♥ =Ustaz Abdullah fahmi=
Ambil gambar berpeluk dengan BOYFRIEND letak caption " Semoga hubungan kami berkekalan hingga ke Jannah".
Till Jannah tu untuk pasangan suami isteri je , untuk COUPLE till Jahanam.
Terdidiknya seorang isteri apabila solehnya seorang suami...
Mencari yang soleh itu penting..kerana suami yang akan membimbing isterinya menjadi isteri yang solehah ♥
Carilah seorang lelaki yang soleh untuk dijadikan suami,kerana dialah yang bakal membimbing kamu dan anak-anakmu ke syurga ♥
pesanan untuk para suami :)
2 NASIHAT BAGI PARA SUAMINasihat dari al-Habib Anis bin Alwiy al-Habsyi Solo kepada al-Habib Husin Nabil disaat menikahnya:1. Jangan kau puji istrimu di depan ibumu, itu akan mengakibatkan permusuhan antara ibumu dan istrimu. Tetapi pujilah ibumu di depan istrimu, maka itu akan merekatkan hubungan antara ibumu dengan istrimu.
2. Jangan kau bercerita memuji
anakmu kepada orang lain, tapi simpanlah kelebihan anakmu untuk dirimu. Sebab orang lain hanya suka mendengarkan pujian bagi anaknya, bukan anakmu.
Siapakah dia ainul mardiah?'Ainul Mardhiah merupakan salah seorang bidadari syurga yang sangat cantik berbanding bidadari - bidadari yang lain . Cantiknya dia , hanya Allah yang tahu . Wallahua'lam .. Suatu pagi dalam bulan puasa , Nabi SAW memberikan targhib ( iaitu berita - berita semangat kalangan sahabat untuk berjihad atau berdakwah di jalan Allah ) . Kata baginda SAW , sesiapa yang mati keluar syahid di jalan Allah , maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang cantik dalam kalangan bidadari syurga . Ada bidadari yang bernama 'Ainul Mardhiah sedang menunggu kekasih yang berjihad di jalan Allah ..
Mendengar berita tersebut , seorang lelaki yang masih muda lagi hendak mengetahui bagaimanakah cantik yang dimaksudkan baginda SAW . Tetapi , disebabkan malu dengan Nabi SAW dan para sahabat yang lain , beliau menyembunyikan hasrat di hati ..Sunah Nabi SAW , tidur sebelum Zohor yang dipanggil qailullah . Lelaki yang muda tadi pun tidur berjemaah bersama - sama para sahabat yang lain .
Tiba - tiba dalam tidur pemuda tersebut , beliau telah bermimpi bahawa beliau telah pergi ke satu tempat yang sangat indah .
Beliau bermimpi bertemu dengan seseorang yang sangat indah , bersih pakaianya , muka berseri - seri . Sahabat ini kemudiannya bertanya kepada wanita tersebut dimanakah beliau berada ? Wanita tersebut berkata , bahawa pemuda tadi telah berada di dalam syurga .
Sahabat tersebut pun menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan 'Ainul Mardhiah . Bidadari tersebut menunjukkan ke satu arah , maka berjalanlah sahabat ini ke pepohon dan melihat seorang wanita cantik yang tidak pernah beliau melihat kecantikan tersebut di dalam dunia sebelum ni . Sahabat tersebut memberi salam kepada wanita tersebut dan bertanya , adakah wanita tersebut 'Ainul Mardhiah ? Wanita tersebut berkata , tidak . Beliau bukan 'Ainul Mardhiah yang dimaksudkan oleh pemuda tadi . Beliau hanyalah penjaga 'Ainul Mardhiah .
Lalu pemuda tersebut masuk ke dalam mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda - ganda berbanding wanita yang dilihat yang pertama dan sebelumnya tadi . Sahabat tersebut memberi salam kepada wanita tersebut dan bertanya adakah beliau 'Ainul Mardhiah yang dicari ? Jawab wanita itu , tidak . Beliau hanyalah penjaganya di dalam mahligai itu , 'Ainul Mardhiah berada di atas mahligai sana .
Tanpa kenal erti penat dan putus asa , sahabat tersebut menaiki tangga mahligai permata tersebut . Kecantikannya sungguh mengagumkan . Beliau nampak seorang bidadari yang sangat cantik berbanding yang pertama , kedua dan yang sebelumnya . Kecantikannya tidak pernah dilihat di dalam dunia ini . Wanita tersebut berkata , aku ialah 'Ainul Mardhiah , aku diciptakan untuk kamu dan kamu telah diciptakan untuk aku . Sahabat tersebut pun mendekati bidadari yang telah beliau temukan . Namun , 'Ainul Mardhiah berkata , nanti . Kamu belum syahid lagi .
Mendengar kata - kata tersebut , sahabat tersebut terjaga dari tidurnya . Beliau pun menceritakan kisah tersebut kepada para sahabat yang lain . Namun begitu , beliau berpesan agar ceritanya itu tidak diceritakan kepada baginda SAW sehingga beliau syahid .
Petang tersebut , mereka pergi berperang dan dengan izin Allah , pemuda tersebut syahid . Semasa hendak berbuka puasa , sahabat yang mendengar cerita pemuda tadi pun menceritakan kisah tersebut kepada baginda SAW . Sepanjang cerita tersebut , Rasulullah berkata benar , benar , benar . Baginda SAW berkata bahawa pemuda yang syahid tadi telah pun berada di syurga dan menunggu waktu berbuka puasa di syurga .
Jom jadi seperti 'Ainul Mardhiah ! Simpan cinta sehingga dah tiba waktunya .
1- Ketika kamu dilahirkan, kamu diazan tanpa Solat,
Ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan.
2- Ketika kamu dilahirkan kamu tidak mengetahui siapa yang mengeluarkan kamu,
Ketika kamu mati kamu tidak tahu siapa yang akan mengusung kamu.
3- Ketika kamu dilahirkan, kamu dibersih dan dimandikan,
Ketika kamu mati, kamu dimandikan dan dibersihkan serta disolatkan.
4- Ketika kamu dilahirkan, kedua ibu bapa dan keluarga kamu bergembira,
Ketika kamu mati, kedua ibu bapa dan keluarga kamu menangis ke atas kamu.
5- Adam dan keturunannya dijadikann daripada tanah,
Maha Suci Allah yang menjadikan kamu telah memasukkan kamu kedalam setelah mati
6-Ketika dalam perut ibu, kamu berada dalam kegelapan dan kesempitan,
Ketika kamu mati , kamu juga berada dalam kegelapan dan kesempitan.
7-Ketika kamu dilahirkan, kamu dibaluti kain supaya melindungi tubuhmu,
Ketika kamu mati, kamu juga dibaluti dengan kain untuk melindungi tubuhmu.
8-Ketika kamu dilahirkan dan setelah dewasa, kamu diperhati dan melakukan kemahiran,
Ketika kamu mati, Kamu tidak akan ditanya melainkan amalan soleh… Apakah bekalan kamu yang telah kamu sediakan…..?
"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.
ada dua pesanan buat kaum adam:(1) Bila anak perempuan meminta ayahnya membelikan pakaian menutup aurat maka wajib ayahnya beli kerana selangkah seorang anak perempuan keluar rumah tidak menutup aurat selangkah juga ayahnya ke neraka ♥(2)Bila seorang isteri meminta suami membelikan pakaian menutup aurat maka wajib si suami belikan kerana selangkah seorang isteri keluar rumah tidak menutup aurat dengan sempurna selangkah juga si suami ke neraka ♥*jadi lepas ni tiada alasan bagi para lelaki untuk tidak membelikan pakaian menutup aurat*
Romantinya rasulullah s.a.w...jom share ♥BELAIAN KASIHRomantiknya Nabi SAW tergambar dalam satu riwayat Ahmad berkata, "Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan Baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian." Ada kalanya romantisnya Nabi SAW sehingga Baginda sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya ke pangkuan isterinya seperti mana yang dilaporkan Aishah r.a dalam sahih Bukhari bahawa, "Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid."
AMALAN MANDI BERSAMA
Rasulullah pernah bermandi dengan isterinya. Dalam sahih Bukhari diriwayatkan bahawa Aisyah berkata bahawa,"Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq." Bolehkah kita melakukan hal yang sama seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW....betapa hebatnya peribadi Baginda.
MEMBANTU MENAIKI KENDERAAN
Nabi SAW juga turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa,"Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta Baginda. Kemudian Baginda menekukkan lututnya, lalu isteri Baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Baginda hingga naik ke atas unta." Dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari Perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya. Wah....kan best kalau para suami di luar sana boleh mencontohi Rasulullah...bahagia ja...
MENYUAP MAKANAN KE MULUT ISTERI
Sahih Bukhari dan Muslim, sabda Nabi:"Sesungguhnya apa pun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isteri mu." Suami di luar sana ringan-ringankan la tangan anda untuk menyuap makanan ke mulut isterimu..x jatuh maruah kamu wahai suami..malahan dipandang mulia dan disenangi oleh isteri
MINUM BERGANTIAN PADA TEMPAT YANG SAMA
Dari Aisyah r.a, dia berkata:"Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut & meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pd tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya." ( Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur ).
MENYEJUKKAN KEMARAHAN ISTERI DENGAN MESRA
Nabi s.a.w biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & Baginda berkata, "Wahai aISYAH, bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, , ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku & lindungilah diriku dari fitnah yg menyesatkan." ( Hadis Riwayat Ibnu Sunni ).
jOM sHARE ROMANTIKNYA RASULULLAH S.A.W
(http://www.facebook.com/pages/MENCARI-REDHA-ALLAH/194678240571695)