Followers

Pages

Wednesday 1 February 2012

"Kata-Kata Hikmah 2"


1:Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri. Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Buka mata, buka mata hati, guna iman dan tawaqqi. Akhirnya, 'kan kau jumpakan permata.


2:Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. apabila sekali ia retak. Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. sedangkan jika kamu membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi..

Begitu juga jika kamu mencintai seseorang terimalah seadanya.Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu terlalu mencintainya. anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali kamu di sakiti bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya lagi. Akhirnya kamu kecewa. Sedangkan jika kamu memaafkanya boleh jadi hubungan kamu denganya akan berterusan hingga ke akhirnya.


3:Buat apa nak menangis pada orang yang telah menyakitimu,Buat apa nak kecewa pada orang yang telah memusnahkan harapanmu,
Buat apa nak lemah pada orang yang telah menjatuhkanmu,Buat apa nak ikut perasaanmu yang terlampau sedih
Namun...seharusnya kamu perlu berlajar senyum bila orang menyakitimu,berlajar bangun tika orang memusnahkan harapanmu,
berlajar kuat bila orang telah menjatuhkanmu,dan Kamu seharusnya berlajar lawan perasaanmu yang sedih dan jangan mudah mengikut kehendak perasaan yang akhirnya menjerat dirimu sendiri


4:kalau tak mampu mencinta , jangan pernah sentuh hati seseorang,kalau tak mampu setia ,jangan pernah mengukir janji ,
kalau tak mampu menggenggam hubungan , jangan pernah beri harapan ,~> kerna hati manusia itu ~>terlalu bernilai untuk disakiti,
terlalu mahal untuk disia-siakan ,dan terlalu berharga untukdihancurkan.
Pesan pada DIRI.. Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi..
Pada insan yang tak mengerti.. Kerana,sekali kau memberi, selamanya dia di HATI.. Kerana,sekali kau dilukai, sampai bila-bila tetap kau ingati..Pesan lagi pada diri, hati-hatilah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI.
5:Bila Allah tak memberimu seseorang yg kamu impikan...Semoga Allah menghadirkan seseorang yg memimpikanmu. . .
Bila Allah tak memberimu seseorang yg kamu Rindukan..Semoga Allah menghadirkan seseorang yg merindukanmu. . .
Bila Allah tak memberimu seseorang yg kamu dambakan. . .Semoga Allah memberimu seseorang yg mendambakanmu. . .
Bila Allah tak menyatukanmu dengan seseorang yg kamu sayangi..Semoga Allah menghadirkan seseorang yg menyayangimu...
Bila Allah tak menyatukanmu dengan seseorang yg kamu cintai..Semoga Allah menghadirkan seseorang yg mencintaimu..

Yg bukan hanya karenaapa yg ada padamu, tapi apa adanya dirimu...!!
Sujudkan hati & jiwamu dalam istikharah cintamu pada illahi. . .


6:bila anda bercinta. pastikan. ianya tulus dari hati. bukan dari rasa simpati.
bila anda bercinta. pastikan. ianya cinta dari Ilahi. bukan dari iblis dan jinni.
bila anda bercinta. pastikan. ianya kekal abadi. bukannya permainan hati.
bila anda bercinta. pastikan. anda hargai. bukan bila SUNYI baru mencari...


7:Buat apa MENCINTAI, jika sekadar untuk melukai.
Buat apa memberi HARAPAN, jika akhirnya memusnahkan.
Buat apa MenYANJUNG, jika akhirnya menghina.
Buat apa kata2 ROMANTIK, jika akhirnya mengherdik.

P/s : berpada2lah dalam menyayangi seseorang,,, kelak boleh jadi kamu akan membencinya. Jangan pula terlalu membenci seseorang, kelak kamu akan menyayanginya."

2 ulasan:

Unknown

pinjam ayat no satu tu ye sis.. suka bace nukilan sis.. alhamdulillah :)

Unknown

Insyaallah,setiap pesanan dan nasihat dari blogger mahupun kawan...semua same je.....mungkin insan ini terlalu bodoh untuk membuang perasaan cinta.terlalu bodoh untuk memahami takdir ilahi.terlalu bodoh untuk membenci.terlalu bodoh untuk berhenti menjage orang yang x mengkhianatku.betapa bodoh nye aku ini,mengambil berat pada dirinya,walaupun memakan diri....alhamdulillah,aku buat kesemua ini untuk kebahagian mu.akan ku jadi bayangmu..akan kekal bersamamu hingga ke mati..sebab hati ini tidak pernah pudar kasih.akan ku jalankn tugasku,janjiku,tanggungjawabku serta cita2 ku seperti hari biasa...maafkn aku jika aku bukan seperti lelaki yang kau kenali.aku ini,cuma lelaki bodoh...

Post a Comment