Followers

Pages

Saturday 4 February 2012

Kata-Kata Hikmah"Salam Maulidur Rasul

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.



Nama2 Isteri Rasulullah s.a.w..
1:Khadijah Binti Khuwailid: (meninggal dunia pada tahun 3 Sebelum Hijrah)Seorang saudagar kaya yang berkahwin dengan Rasulullah ketika berumur 40 tahun. Merupakan isteri pertama baginda.

2) Sawdah Binti Zam’ah:meninggal dunia pada tahun 23 Hijrah / 643 Masehi)
Berkahwin dengan Rasulullah pada bulan Syawal tahun ke-10 kenabian.

3) Aisyah Binti Abu Bakar As-Siddiq r. (meninggal dunia pada tahun 58 Hijrah)
Berkahwin dengan Rasulullah pada bulan Syawal pada tahun ke-11 kenabian setahun selepas perkahwinan Rasulullah dengan Sawdah

4) Hafsah Binti Umar Al-Khattab (meninggal dunia pada tahun 45 Hijrah)
Berkahwin dengan Rasulullah pada tahun ke-3 Hijrah. Menjadi janda selepas kematian suaminya Khunays Bin Hudhafah antara Perang Badar dan Uhud.

5) Zainab Binti Jahsy:(meninggal dunia pada tahun 20 Hijrah)
Berkahwin dengan Rasulullah pada tahun ke-4 Hijrah. Bekas isteri Abdullah Bin Jahsy yang gugur syahid dalam Perang Uhud. Digelar Ummu al-Masakin (ibu orang miskin) sebab sifat pemurah dan penyanyangnya kepada yang miskin. Namun meninggal dunia dua atau tiga bulan selepas berkahwin dengan Rasulullah.

6:juwayriyyah Binti al-Harith:(meninggal dunia pada tahun 56 Hijrah)
Berkahwin dengan Rasulullah pada bulan Syaaban 6 Hijrah.

7:ummu Salamah Hindun Binti Abu Umayyah:(meninggal dunia pada tahun 57 Hijrah / 676 Masehi)Berkahwin dengan Rasulullah pada Syawal 4-Hijrah.

8:Safiah binti Huyai bin Akhtab (meninggal dunia pada tahun 50 Hijrah)
Merupakan tawanan perang Khaybar. Rasulullah memerdekakannya serta mengahwininya setelah berjaya menakluk Khaybar.

9:Ummu Habibah binti Abi Sufian (meninggal dunia pada tahun 44 Hijrah / 664 Masehi)Berkahwin dengan Rasulullah pada bulan Muharam tahun ke-7 Hijrah. Bekas isteri kepada Ubaydullah Bin Jahsy yang bercerai dengan suaminya atas sebab suaminya telah murtad dan memeluk agama Nasrani.

10)Mariah Al-Qibtiah (meninggal dunia pada tahun 16 Hijrah / 637 Masehi)

11:Maymunah Binti al-Harith:(meninggal dunia pada tahun 50 Hijrah / 670 Masehi)
Berkahwin dengan Rasulullah pada bulan Zulkaedah tahun ke-7 Hijrah. Saudara perempuan Ummu al-Fadl Lubabah Binti al-Harith.

12)Hafsah Binti Umar Al-Khattab r.a:(meninggal dunia pada tahun 45 Hijrah)
Berkahwin dengan Rasulullah pada tahun ke-3 Hijrah. Menjadi janda selepas kematian suaminya Khunays Bin Hudhafah antara Perang Badar dan Uhud.



Tolonglah ambil maktu sedikit baca artikal ini.....(T_T)

suatu hari..nabi bertanya:"siapakh hamba Allah yg mulia?"

sahabat mnjwb: "para malaikat ya Rasulullah"
sahabat: "tentulah para nabi, merekalah yg mulia"

nabi tsenyum lalu bkata:"ya, mereka mulia tp ad yg lbih mulia"
para sahabat tdiam lalu bkata:"adkh kami yg mulia i2 ya Rasulullah?"
nabi bkata;" tentulah kalian mulia, kalian dekat dgnku, kalian mmbantu pejuanganku, ttp bkn kalian yg ku maksudkn..

nabi mnundukkn wjhnya, baginda menitiskn air mata sehingga mmbasahi pipi n janggutnya lalu bkata...

"wahai shbtku, mereka adlh manusia2 yg lahir stlh wafatnya aku, mereka tlalu mncintai Allah & tahukh kalian..mereka x pnh melihtku, mereka hidup tdk dekat dgnku spt kalian ttp mereka sgt rindu kpdku & saksiknlah wahai sahabatku bhw AKU SGT RINDU PADA MEREKA...MEREKALAH UMATKU! "

0 ulasan:

Post a Comment