Followers

Pages

Sunday 28 April 2013

siapakah AinuL mardiah?


Siapakah dia ainul mardiah?'Ainul Mardhiah merupakan salah seorang bidadari syurga yang sangat cantik berbanding bidadari - bidadari yang lain . Cantiknya dia , hanya Allah yang tahu . Wallahua'lam .. 

Suatu pagi dalam bulan puasa , Nabi SAW memberikan targhib ( iaitu berita - berita semangat kalangan sahabat untuk berjihad atau berdakwah di jalan Allah ) . Kata baginda SAW , sesiapa yang mati keluar syahid di jalan Allah , maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang cantik dalam kalangan bidadari syurga . Ada bidadari yang bernama 'Ainul Mardhiah sedang menunggu kekasih yang berjihad di jalan Allah ..

Mendengar berita tersebut , seorang lelaki yang masih muda lagi hendak mengetahui bagaimanakah cantik yang dimaksudkan baginda SAW . Tetapi , disebabkan malu dengan Nabi SAW dan para sahabat yang lain , beliau menyembunyikan hasrat di hati ..Sunah Nabi SAW , tidur sebelum Zohor yang dipanggil qailullah . Lelaki yang muda tadi pun tidur berjemaah bersama - sama para sahabat yang lain .
Tiba - tiba dalam tidur pemuda tersebut , beliau telah bermimpi bahawa beliau telah pergi ke satu tempat yang sangat indah .

Beliau bermimpi bertemu dengan seseorang yang sangat indah , bersih pakaianya , muka berseri - seri . Sahabat ini kemudiannya bertanya kepada wanita tersebut dimanakah beliau berada ? Wanita tersebut berkata , bahawa pemuda tadi telah berada di dalam syurga .

Sahabat tersebut pun menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan 'Ainul Mardhiah . Bidadari tersebut menunjukkan ke satu arah , maka berjalanlah sahabat ini ke pepohon dan melihat seorang wanita cantik yang tidak pernah beliau melihat kecantikan tersebut di dalam dunia sebelum ni . Sahabat tersebut memberi salam kepada wanita tersebut dan bertanya , adakah wanita tersebut 'Ainul Mardhiah ? Wanita tersebut berkata , tidak . Beliau bukan 'Ainul Mardhiah yang dimaksudkan oleh pemuda tadi . Beliau hanyalah penjaga 'Ainul Mardhiah .

Lalu pemuda tersebut masuk ke dalam mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda - ganda berbanding wanita yang dilihat yang pertama dan sebelumnya tadi . Sahabat tersebut memberi salam kepada wanita tersebut dan bertanya adakah beliau 'Ainul Mardhiah yang dicari ? Jawab wanita itu , tidak . Beliau hanyalah penjaganya di dalam mahligai itu , 'Ainul Mardhiah berada di atas mahligai sana .

Tanpa kenal erti penat dan putus asa , sahabat tersebut menaiki tangga mahligai permata tersebut . Kecantikannya sungguh mengagumkan . Beliau nampak seorang bidadari yang sangat cantik berbanding yang pertama , kedua dan yang sebelumnya . Kecantikannya tidak pernah dilihat di dalam dunia ini . Wanita tersebut berkata , aku ialah 'Ainul Mardhiah , aku diciptakan untuk kamu dan kamu telah diciptakan untuk aku . Sahabat tersebut pun mendekati bidadari yang telah beliau temukan . Namun , 'Ainul Mardhiah berkata , nanti . Kamu belum syahid lagi .

Mendengar kata - kata tersebut , sahabat tersebut terjaga dari tidurnya . Beliau pun menceritakan kisah tersebut kepada para sahabat yang lain . Namun begitu , beliau berpesan agar ceritanya itu tidak diceritakan kepada baginda SAW sehingga beliau syahid .

Petang tersebut , mereka pergi berperang dan dengan izin Allah , pemuda tersebut syahid . Semasa hendak berbuka puasa , sahabat yang mendengar cerita pemuda tadi pun menceritakan kisah tersebut kepada baginda SAW . Sepanjang cerita tersebut , Rasulullah berkata benar , benar , benar . Baginda SAW berkata bahawa pemuda yang syahid tadi telah pun berada di syurga dan menunggu waktu berbuka puasa di syurga .

Jom jadi seperti 'Ainul Mardhiah ! Simpan cinta sehingga dah tiba waktunya .

0 ulasan:

Post a Comment